Thursday, November 23, 2006

Al- Fatihah

jam 9 pagi masa aku tgh syok mengulat kat kedai makan depan opis aku, meriah kitorang gelak pagi tu. tipon aku berbunyi.

-Rumah- ?
aku ingatkan orang kat opis cari aku...

Assalamualaikum..

wa'alaikumsalam.. abg iwan, ani ni..

haa.. ani. kenapa?

abg kat... mana... niii... tak clear..

tak dengar la..

tett.. end call.. aik. apsal plak ni

tak smpi seminit, hp aku berbunyi. 1 new message

-Ani-

Assalamualaikum.. abg iwan, sorry tadi tak clear. ni nak bgtau.. NANA dah tade.. ibu surh balik melaka skrg gak. bgtau abg nurul gak.


dumm.. hati aku macam kene sambar petir masa tu.. gelaka tawa aku kat kedai mkn tu terhenti macam tu je.nasi lemak sambal manis tu tiba2 terasa kelat. alam sekililing ni tiba2 sunyi.tak tahu apa yang aku rasa. tak tahu apa yang aku nak buat. tak tahu mcm mana aku perlu react dlm keadaan yang mcm ni. yup, ni kali pertama aku berada dlm situasi ni. org penting dlm hidup aku pergi meninggalkan aku buat selamanye.


aku memang seorang yang always thinking on a bad side. always thinking bout worst case scenario.in any situations. aku pernah jugak terpikir seblum ni.mcm mana nnti kalau NANA dah takde.. dan sekarang aku betul2 berada dlm situasi tu. apa yang aku perlu buat?


NANA.. siapa NANA?
sihatnye aku hari ni, membesar nye aku hari ni semua adalah hasil air tgnnya.22 tahun aku membesar, NANA sentiasa ada dengan ku. malah NANAlah yang menjaga kami lima beradik dari kecik sampai besar. tapi tanggal 15 november 2006, NANA meninggalkan kami selamanya.


aku tak tau. kenapa kami 5 beradik memanggil arwah dengan panggilan NANA. bukan opah, nenek or tokwan. ibu cerita, abg nurul aku yang start panggil arwah mcm tu.sejak dia kecik. dan kami adik2 mewarisi panggilan tu. panggilan khas untuk orang yg istimewa dlm hidup aku. mcm tu juga dengan arwah. beliau juga ada memberi special 'nick' name tuk kami lima beradik. setiap darinye ada terselindung sebab dan cerita yang tersendiri.


satu jam setengah. amik abg aku kat puchong. singgah kajang plak kat adik aku. n trus balik melaka. dengan kereta aku yang gasketnye yang dah bocor, aku tekan jugak pedal minyak.


aku 3 beradik disambut ngan pelukan dan tangisan ibu. matanye merah keletihan. pipinye basah keletihan. bibirnye kering kelesuan. aku sbgi anak mengaku yang aku masih tak dapat menyelami perasaan ibu masa tu. aku takkan dapat paham. ibu anak tunggal. semua perjalanan hidup NANA, susah payah, senang lenang NANA semua ibu harungi. tak sanggup aku tengok ibu aku mcm tu. aku cium tgnnye. aku kucup pipinye.aku peluk ibu. hanya tulah kemampuan aku masa tu.


dahlahtu ibu... hanya tu yg terkeluar dr mulut aku. aku harap ianya membantu.


kebiasaannye aku disambut ngan senyum NANA. "ehh.. SELAMAT dah balik.." SELAMAT adalah panggilan manja NANA kat aku. kenapa selamat? nnti aku ceritakan.. tp skarang tidak lagi. rumah tu sunyi tanpa ceritenya. rumah itu kosong tanpa selokanya.


sebak? sedih? kelu? aku pun tak tahu


perlahan aku amik air semayang. duduk disebelah jenazah.surah yassin ditepi kepalanya aku capai. aku semacam tak percaya.aku rasa mcm NANA hanya tido. serentak dengan bacaan yassin, air mata aku turut mengalir. ayat demi ayat aku ucapi, setitik demi setitik air mata ku deras mengalir. segan? malu? tu semua hilang. lama sngt aku rasa bacaan yassin aku kali ni. berat sgt mulut ni nak menghabiskan ayat2 suci ni. ibu duduk disebelahku. tanap sepatah ayat pun dia menepuk bahu ku. dan aku tahu apa maksudnye.


sekali lagi aku tewas. gagal mengawal perasaan ku apa bile jenazah siap dikafankan dan aku tahu. itulah kali terakhir aku akan dapat mengucup dan melihat wajah seorang BIDUANITA didalam hidup aku. aku menangis semahunya. aku tau NANA tak suke aku berkeadaan mcm tu . tapi aku tak dapat tipu diri sendiri. kehilangannye betul2 aku rasakan.


semalam genap seminggu.tapi jauh dalam hati aku ni. aku terasa NANA still ada menunggu aku di rumah. dan kucupan nya di pipiku setiap kali aku ingin keluar dr rumah akan sentiasa aku rasakan.


kepada semua yg membaca. harap sedekahkanlah allahyarhamah dengan bacaan al-fatihah. moga rohnye ditempatkan dengan golongan orang yang beriman.

:_(







3 Comments:

Blogger ais_putih said...

al-fatihah tuk arwah..takziah dari ku..dan bersabar..

5:20 PM  
Anonymous itaz said...

taKZIAH.ALFATIHAH

10:42 AM  
Blogger 3_bee said...

puan...

12:17 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home