Thursday, September 28, 2006

nikmat sekeping murtabak

first of all aku nak mengucapkan selamat berpuasa pada semua.. orang kata tak berkat puasa kalau kite ada buat salah kat orang tapi tak minta maaf. so, aku nak amik kesempatan ni tuk minta maaf kat sape2 yang aku ada buat salah, termakan, terminum, terpakai minta dihalalkan ye. minta2 la puasa kite taun ni sama2 diberkati. taun depan tak tau la kite dapat puasa ke tak kan. minta2 dipanjangkan la umur kite ni.


2 minggu lebih aku tak update. takdela dikire lama sangat kan. tapi macam2 yang terjadi kat aku dalam tempoh masa 2 minggu ni.


kalau korang baca post aku seblum ni, aku ada cakap yang tetibe je aku sesak nafas tu kan?


rupenye that is an early sindrom. sindrom apa? sindrom penyakit yang aku hidapi 2 minggu lepas. sakit apa? jeng jeng jeng.. demam denggi :P


bnyk yang aku belajar dr sakit ni.


kepada yang tak tau sindrom2 awal sakit ni, aku bgtau la sikit2. kot2 korang terkena le nnti kan, bolehla gi jumpe doktor awal2..
badan akan lemah sangat, hilang selera makan dan badan2 korang akan lenguh2 n sakit. suhu badan korang juga akan naik. boleh mencecah 40 degree.. mcm yang aku kene. n when become worst, pendarahan gusi akan berlaku. akan terdapat tanda2 ruam kat badan korang.. so, kalau korang ada terkena tanda2 ni, sile la jumpe doktor cepat2 ye.


isnin siang aku terasa dada aku senak sangat. susah nak bernafas. at the night plak aku terasa badan aku lemah gle. den aku tau, yang aku nak demam. selasa dah start teruk dah. aku still lagi ngan tabiat lama aku. tunggu dan lihat. sebab selama ni, aku kalau demam memang aku tak gi klinik langsung. just take some panadols, and between 1 or 2 days, everything back to normal.


tapi kali ni aku da start was2 da. ari selasa mlm tak elok lg. still delay lagi. malam tu la aku rasa klimaks dia. memang aku da tak larat nak buat apa2 da. makan minum aku memang aku da tak hirau da. just terbaring je sepanjang hari. untill wednesday evening, baru la aku tergerak hati nak ke klinik. memandangkan da nak masuk 3 hari n takde tanda surut pun demam aku ni. at this moment, i just have my hosmate je. ngadu to someone but nothing happen. let it go la.. bebudak umah aku la yang belikan nasi, antar klinik. tapi biasa la kan, nama pun lelaki. takde la diorang tergedik2 nak jaga makan minum aku. tapi aku tau diorang risau.. muahaha. mekasih jugak la kat bebudak opis aku yg datang melawat aku kat umah. dapat korang ngular kejap ek.


it become worst when my lecture from utp will give a first visit at my office on d thursday morning.ikutkan hati, memang aku da tak larat sesangat nak pergi office. nak je aku call Dr Nasiman tu n cancel je visit tu. but den, aku pikir2 balik, jgn sebab aku, Dr Nasiman kena datang balik ke kl ni. umah dia dahla kat perak. jauh tu. so aku gagahkan jugak la pergi office. memang aku high betul la time meeting aku ngan Dr Nasiman n cik Ainul pagi tu. Alhamdulillah, everythings going so smooth.tgh hari tu jugak aku shoot balik ke melaka. tak larat sgt da.


walking from pasar seni's putra station to Pudu is the 'tiredest'(<-- jgn tegur ek..) walked ever. dgn panas teriknye. sesak ngan orangnye. nsb baik la aku tak pitam kat tgh2 jalan tu. n managed to reached melaka at 6.30 petang. kat sini sekali lagi aku terharu dengan pengorbanan insan bernama 'sahabat'. mekasih la tuk atoy n amar. even diorang ada test on 8.30, sempat lg atoy amik aku kat bus stand tu. dengan penat training ragbi dia, dia gagahkan jugak naik moto amik aku kat bus stand.. hoho..tq2.. lepas diorang punye test je, aku sekali lagi dah menyusahkan budak duaorang tu tuk hantar aku balik umah. thanks again. tapi untung gak diorang. sampai je umah aku, abis semangkuk ayam goreng diorang belasah. n this time, aku nak nangis tgk how ibu n ayah aku risaukan pasal. ibu n ayah mana yang tak sayangkan anak kan.. :) (now u see the manja side of me).bnyk betul ibu aku masak mlm tu, semata2 sbb dengar dah 3 hari aku tak selera makan nasi..but sadly, still selera mkn aku takde lagi, tapi aku tetap kenyang nengokkan mamat 2 orang tu melantak.. haha.. kire upah diorang hantar aku ar mlm tu. the next morning (ishh cam diari dah ni, kalau korang menyampah nak baca, takyah la baca yek.. haha ) the first thing yang ayah aku buat is hantar aku ke hospital. hospital kerajaan je. lawak tak kalau aku cakap, inilah kali pertama aku pergi hospital, sbb aku yang sakit. selama ni tak penah lg. hantar n lawat orang selalu ar. kire ni pengalaman baru tuk aku ni. hehe.. 3 hours of blood checking proses, first time kene cucuk kat tngn ni, first time di amik darah. n first time aku tgk darah aku sendiri dengan kuantiti yang bnyk. haha.. but one thing yg aku tau ari tu, darah aku kaler merah..haha.. takde ar, ari tu aku tau yang aku takdela gayat darah sangat. n the result is platelet darah aku menghampiri 155 000. aku sendiri tak tau camne diorang kiretu. just buat2 tau je la yek.


"platelet darah awak ni rendah ni, tapi still dlm paras selamat la"


fuh...


"kire saya ni demam apa doktor"


"lor, kamu tak tau lagi ke? kamu ni suspect denggi tau tak?"


macam yang aku dah agak. tu yang tak terkejut sgt. saje tanya dok tor tu..


"esok awak bawak surat ni, datang balik sini. buat blood test skali lg. tgk jatuh ke naik platelet darah awak ni"


apa tah baik aku kali ni, aku ikut la cakap doktor tu. sabtu pagi aku datang balik. same process as on the friday. tp kali ni lama skit.


"khairul izwan?!!"


nama aku kene panggil masa aku tgh layan katun superman. aku pun pergi masuk dlm bilik kecemasan.


"baring kat katil tu?" tapi nurse tu tak tunjuk katil mana...


masa ni, darah aku dah berderau dah ni. apa la nak dibuat kat aku ni. amother first time experience, baring atas katil hospital :P.


"katil mana?" ada 4 katil kot kat bilik tu.


"baring je kat katil mana yang awak suke"


list of first time experience continue. tgn aku sekali lagi dicucuk n tiub dimasukkan kat dlm tgn aku. org2 yg tak amik bio mcm aku ni consider proses tu ialah proses memasukkan air.lepas 2 jam terbaring atas katil tu, nurse td kejutkan aku.


"kite gi melaka ye lepas ni"


aku tau, ajakan yang berbunyi mcm tu hanya lah sesuai tuk diucapkan oleh pakwe2 kat melaka ni. means diorang ajak awek diorang pergi mahkota parade. tgk wayang ke main boling ke. tapi aku tau, nurse ni bukan nak ngajak aku pergi mahkota. apatah lagi nengok wayang. tapi jelas sekali yg nurse tu maksudkan Hospital Besar Melaka.


aku just mampu ngangguk je.


waaa.. best2 naik ambulan. hehe.. tapi takde nenoneno yg selalu tu.


sampai Hospital Besar je, paham2 la kan, masuk wad la jawabnye. rupe2nye kandungan platelet darah aku drop dr 155000 ke 108ooo dlm masa satu hari. tu yg dioktor kat Melaka tu bgtau aku.


sabtu pagi tu jugak aku masuk wad. aku merasa hidup di hospital. hidup sebagai pesakit di hospital. tak sempat nak ngurat nurse2 kat sana, ahad tu aku di bagi choice nak tinggal lg ke, atau nak balik. sbb doktor kata, platelet darah aku increasing dengan jayanya. so aku memilih rumah instead nurse2 comel kat hospital tu.


kepada org2 yg terasa kecik hati yang aku tak bgtau diorang aku masud wad, sorry. even abg n adik aku sendiri aku tak inform yg aku duduk wad. taknak la risaukan org. n to sesapa yang wish me n be with me along the process, thanks. apriciate it really much.


petang tu jugak, atas rasa tanggung jawab sebagai kawan, aku pergi jugak bukit serindit. stadium bukit serindit. atoy n cheng ada final rugby petang tu.2-2 orang kalah..haha2.. padan muke..


mcm tu la ujung minggu aku dihabiskan. sibuk mcm org2 lain. tapi takdela sibuk jalan2, hangout2 ngan member smpi pepagi bute. just sibuk mengenal betapa bermaknanye hidup ni (biasala tu, pemikiran org sakit.. insaf la sekejap)


selasa aku baru smpi KL.


abis cerite.. :)


dah panjang kan post ni? tapi nak sambung jugak.


puasa kali ni lain bg aku. lain sebb suasana hidup aku pun lain. berpuasa sbgi seorang yg bekerja. kuar pagi balik petang. kalau kat U tu, leh la melantak tido kan. kat opis ni nak tido celah mana. one more thing, aku tak tau kenapa. aku rasa lapang sgt puasa kali ni.lapang dengan makna tenang. takde masalah ke aku? huhu bnyk masalah aku. takde apa2 even yang sakitkan hati aku? huhu bnyk sekali. n its the worst ever. tapi ntah. mungkin aku dah malas nak layan sume2 tu. atau.. sebab aku lagi bnyk pikir 'apa nak buke petang ni?' hehe. dan aku berharap n berdoa la yang minta dikuatkan hati ni menempuh hidup ni. dah takde tempat nak ngadu dah. kat DIA je la.


bukan niat nak menagih simpati. jauh sekali minta dikesiankan. tapi aku terharu dengan apa yang terjadi pada sahur 2 hari lepas. sedar2 je dah pukul 5. umah gelap. beudak ni tak bgn lagi. patutnye 4.30 td diorang dah gerak pergi kedai kat depan flat ni. aku pagi tu memang tak cadang nak pergi. sbb tu awal2 lg aku dah beli murtabak. nak dibuat sahur. tapi bebudak ni tak prepare apa2 pun. timbul rasa was2. nak kejut ke taknak. time ni sure da tak sempat nak gi kedai. kat umah ni mana ada bende nak kunyah. yg ada just sekeping murtabak ni.tak kejutkang, tak bersahur plak bebudak ni.


buat teh o panas se jag, milo panas. aku kejut bebudak ni. dengan murtabak sekeping ni la kitorang berlima bersahur. nsb baik GM tupai kasi kurma. tulah juadah sahur kitorang. tapi yang peliknye. masing2 sendawa bgi nak rak. aku sendiri rasa kenyang gle. boleh layan gelak2 lagi pagi tu. moral of the story : bangun awal.. haha.. mungkin ni la namanya nikmat bersahur.


mulai rasa bosan untuk terus membaca? haha padan muke korang. tapi takpe, aku pun dah malas nak taip lg. again, sempena ramadhan ni, aku minta maaf kalau ada terbuat salah kat sesapa ye.


n thanks 4 adding colour to my life....apriciate it really much :)


another me

1 Comments:

Blogger Unknown said...

huhu..ini budak mmg pandai mengatur ayat...

12:16 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home