Thursday, September 28, 2006

nikmat sekeping murtabak

first of all aku nak mengucapkan selamat berpuasa pada semua.. orang kata tak berkat puasa kalau kite ada buat salah kat orang tapi tak minta maaf. so, aku nak amik kesempatan ni tuk minta maaf kat sape2 yang aku ada buat salah, termakan, terminum, terpakai minta dihalalkan ye. minta2 la puasa kite taun ni sama2 diberkati. taun depan tak tau la kite dapat puasa ke tak kan. minta2 dipanjangkan la umur kite ni.


2 minggu lebih aku tak update. takdela dikire lama sangat kan. tapi macam2 yang terjadi kat aku dalam tempoh masa 2 minggu ni.


kalau korang baca post aku seblum ni, aku ada cakap yang tetibe je aku sesak nafas tu kan?


rupenye that is an early sindrom. sindrom apa? sindrom penyakit yang aku hidapi 2 minggu lepas. sakit apa? jeng jeng jeng.. demam denggi :P


bnyk yang aku belajar dr sakit ni.


kepada yang tak tau sindrom2 awal sakit ni, aku bgtau la sikit2. kot2 korang terkena le nnti kan, bolehla gi jumpe doktor awal2..
badan akan lemah sangat, hilang selera makan dan badan2 korang akan lenguh2 n sakit. suhu badan korang juga akan naik. boleh mencecah 40 degree.. mcm yang aku kene. n when become worst, pendarahan gusi akan berlaku. akan terdapat tanda2 ruam kat badan korang.. so, kalau korang ada terkena tanda2 ni, sile la jumpe doktor cepat2 ye.


isnin siang aku terasa dada aku senak sangat. susah nak bernafas. at the night plak aku terasa badan aku lemah gle. den aku tau, yang aku nak demam. selasa dah start teruk dah. aku still lagi ngan tabiat lama aku. tunggu dan lihat. sebab selama ni, aku kalau demam memang aku tak gi klinik langsung. just take some panadols, and between 1 or 2 days, everything back to normal.


tapi kali ni aku da start was2 da. ari selasa mlm tak elok lg. still delay lagi. malam tu la aku rasa klimaks dia. memang aku da tak larat nak buat apa2 da. makan minum aku memang aku da tak hirau da. just terbaring je sepanjang hari. untill wednesday evening, baru la aku tergerak hati nak ke klinik. memandangkan da nak masuk 3 hari n takde tanda surut pun demam aku ni. at this moment, i just have my hosmate je. ngadu to someone but nothing happen. let it go la.. bebudak umah aku la yang belikan nasi, antar klinik. tapi biasa la kan, nama pun lelaki. takde la diorang tergedik2 nak jaga makan minum aku. tapi aku tau diorang risau.. muahaha. mekasih jugak la kat bebudak opis aku yg datang melawat aku kat umah. dapat korang ngular kejap ek.


it become worst when my lecture from utp will give a first visit at my office on d thursday morning.ikutkan hati, memang aku da tak larat sesangat nak pergi office. nak je aku call Dr Nasiman tu n cancel je visit tu. but den, aku pikir2 balik, jgn sebab aku, Dr Nasiman kena datang balik ke kl ni. umah dia dahla kat perak. jauh tu. so aku gagahkan jugak la pergi office. memang aku high betul la time meeting aku ngan Dr Nasiman n cik Ainul pagi tu. Alhamdulillah, everythings going so smooth.tgh hari tu jugak aku shoot balik ke melaka. tak larat sgt da.


walking from pasar seni's putra station to Pudu is the 'tiredest'(<-- jgn tegur ek..) walked ever. dgn panas teriknye. sesak ngan orangnye. nsb baik la aku tak pitam kat tgh2 jalan tu. n managed to reached melaka at 6.30 petang. kat sini sekali lagi aku terharu dengan pengorbanan insan bernama 'sahabat'. mekasih la tuk atoy n amar. even diorang ada test on 8.30, sempat lg atoy amik aku kat bus stand tu. dengan penat training ragbi dia, dia gagahkan jugak naik moto amik aku kat bus stand.. hoho..tq2.. lepas diorang punye test je, aku sekali lagi dah menyusahkan budak duaorang tu tuk hantar aku balik umah. thanks again. tapi untung gak diorang. sampai je umah aku, abis semangkuk ayam goreng diorang belasah. n this time, aku nak nangis tgk how ibu n ayah aku risaukan pasal. ibu n ayah mana yang tak sayangkan anak kan.. :) (now u see the manja side of me).bnyk betul ibu aku masak mlm tu, semata2 sbb dengar dah 3 hari aku tak selera makan nasi..but sadly, still selera mkn aku takde lagi, tapi aku tetap kenyang nengokkan mamat 2 orang tu melantak.. haha.. kire upah diorang hantar aku ar mlm tu. the next morning (ishh cam diari dah ni, kalau korang menyampah nak baca, takyah la baca yek.. haha ) the first thing yang ayah aku buat is hantar aku ke hospital. hospital kerajaan je. lawak tak kalau aku cakap, inilah kali pertama aku pergi hospital, sbb aku yang sakit. selama ni tak penah lg. hantar n lawat orang selalu ar. kire ni pengalaman baru tuk aku ni. hehe.. 3 hours of blood checking proses, first time kene cucuk kat tngn ni, first time di amik darah. n first time aku tgk darah aku sendiri dengan kuantiti yang bnyk. haha.. but one thing yg aku tau ari tu, darah aku kaler merah..haha.. takde ar, ari tu aku tau yang aku takdela gayat darah sangat. n the result is platelet darah aku menghampiri 155 000. aku sendiri tak tau camne diorang kiretu. just buat2 tau je la yek.


"platelet darah awak ni rendah ni, tapi still dlm paras selamat la"


fuh...


"kire saya ni demam apa doktor"


"lor, kamu tak tau lagi ke? kamu ni suspect denggi tau tak?"


macam yang aku dah agak. tu yang tak terkejut sgt. saje tanya dok tor tu..


"esok awak bawak surat ni, datang balik sini. buat blood test skali lg. tgk jatuh ke naik platelet darah awak ni"


apa tah baik aku kali ni, aku ikut la cakap doktor tu. sabtu pagi aku datang balik. same process as on the friday. tp kali ni lama skit.


"khairul izwan?!!"


nama aku kene panggil masa aku tgh layan katun superman. aku pun pergi masuk dlm bilik kecemasan.


"baring kat katil tu?" tapi nurse tu tak tunjuk katil mana...


masa ni, darah aku dah berderau dah ni. apa la nak dibuat kat aku ni. amother first time experience, baring atas katil hospital :P.


"katil mana?" ada 4 katil kot kat bilik tu.


"baring je kat katil mana yang awak suke"


list of first time experience continue. tgn aku sekali lagi dicucuk n tiub dimasukkan kat dlm tgn aku. org2 yg tak amik bio mcm aku ni consider proses tu ialah proses memasukkan air.lepas 2 jam terbaring atas katil tu, nurse td kejutkan aku.


"kite gi melaka ye lepas ni"


aku tau, ajakan yang berbunyi mcm tu hanya lah sesuai tuk diucapkan oleh pakwe2 kat melaka ni. means diorang ajak awek diorang pergi mahkota parade. tgk wayang ke main boling ke. tapi aku tau, nurse ni bukan nak ngajak aku pergi mahkota. apatah lagi nengok wayang. tapi jelas sekali yg nurse tu maksudkan Hospital Besar Melaka.


aku just mampu ngangguk je.


waaa.. best2 naik ambulan. hehe.. tapi takde nenoneno yg selalu tu.


sampai Hospital Besar je, paham2 la kan, masuk wad la jawabnye. rupe2nye kandungan platelet darah aku drop dr 155000 ke 108ooo dlm masa satu hari. tu yg dioktor kat Melaka tu bgtau aku.


sabtu pagi tu jugak aku masuk wad. aku merasa hidup di hospital. hidup sebagai pesakit di hospital. tak sempat nak ngurat nurse2 kat sana, ahad tu aku di bagi choice nak tinggal lg ke, atau nak balik. sbb doktor kata, platelet darah aku increasing dengan jayanya. so aku memilih rumah instead nurse2 comel kat hospital tu.


kepada org2 yg terasa kecik hati yang aku tak bgtau diorang aku masud wad, sorry. even abg n adik aku sendiri aku tak inform yg aku duduk wad. taknak la risaukan org. n to sesapa yang wish me n be with me along the process, thanks. apriciate it really much.


petang tu jugak, atas rasa tanggung jawab sebagai kawan, aku pergi jugak bukit serindit. stadium bukit serindit. atoy n cheng ada final rugby petang tu.2-2 orang kalah..haha2.. padan muke..


mcm tu la ujung minggu aku dihabiskan. sibuk mcm org2 lain. tapi takdela sibuk jalan2, hangout2 ngan member smpi pepagi bute. just sibuk mengenal betapa bermaknanye hidup ni (biasala tu, pemikiran org sakit.. insaf la sekejap)


selasa aku baru smpi KL.


abis cerite.. :)


dah panjang kan post ni? tapi nak sambung jugak.


puasa kali ni lain bg aku. lain sebb suasana hidup aku pun lain. berpuasa sbgi seorang yg bekerja. kuar pagi balik petang. kalau kat U tu, leh la melantak tido kan. kat opis ni nak tido celah mana. one more thing, aku tak tau kenapa. aku rasa lapang sgt puasa kali ni.lapang dengan makna tenang. takde masalah ke aku? huhu bnyk masalah aku. takde apa2 even yang sakitkan hati aku? huhu bnyk sekali. n its the worst ever. tapi ntah. mungkin aku dah malas nak layan sume2 tu. atau.. sebab aku lagi bnyk pikir 'apa nak buke petang ni?' hehe. dan aku berharap n berdoa la yang minta dikuatkan hati ni menempuh hidup ni. dah takde tempat nak ngadu dah. kat DIA je la.


bukan niat nak menagih simpati. jauh sekali minta dikesiankan. tapi aku terharu dengan apa yang terjadi pada sahur 2 hari lepas. sedar2 je dah pukul 5. umah gelap. beudak ni tak bgn lagi. patutnye 4.30 td diorang dah gerak pergi kedai kat depan flat ni. aku pagi tu memang tak cadang nak pergi. sbb tu awal2 lg aku dah beli murtabak. nak dibuat sahur. tapi bebudak ni tak prepare apa2 pun. timbul rasa was2. nak kejut ke taknak. time ni sure da tak sempat nak gi kedai. kat umah ni mana ada bende nak kunyah. yg ada just sekeping murtabak ni.tak kejutkang, tak bersahur plak bebudak ni.


buat teh o panas se jag, milo panas. aku kejut bebudak ni. dengan murtabak sekeping ni la kitorang berlima bersahur. nsb baik GM tupai kasi kurma. tulah juadah sahur kitorang. tapi yang peliknye. masing2 sendawa bgi nak rak. aku sendiri rasa kenyang gle. boleh layan gelak2 lagi pagi tu. moral of the story : bangun awal.. haha.. mungkin ni la namanya nikmat bersahur.


mulai rasa bosan untuk terus membaca? haha padan muke korang. tapi takpe, aku pun dah malas nak taip lg. again, sempena ramadhan ni, aku minta maaf kalau ada terbuat salah kat sesapa ye.


n thanks 4 adding colour to my life....apriciate it really much :)


another me

Monday, September 11, 2006

Toys R' Us

i'm in office rite now.
bored..


what should i do?apa yang aku nak buat bagi menghilangkan kebosanan aku ni? kalau aku kat umah, aku dah lama tido dah. semalam aku tido lambat. ke aku tak tido semalam? aku pun da tak ingat. jalan2 sampai ke jengka. penat? tak pun... should be end as one happy trip. but den, i stupid as usual, spoilt everything.stupid me change happy 'atmosphere' into a thunder storm with a stupid style.what a stupid me.


haih...


pagi tadi aku sibuk. sibuk 'mensibuk'kan diri aku. cube untuk senyum. cube untuk gelak ngan dak2 opis ni.cube tuk kekang fikiran aku untuk tidak keluar melayang dari 'kotak' yg ada cop UEM ni. cube untuk hidup sebagai manusia normal. susah betul nak hidup sebagai manusia normal hari ni... finally, aku dapat gak keje. translatekan satu kertas kerje from english to BM. one of the biggest job. susah woo..rasa macam budak form 1 je. ngan terms2 yang pelik2. aku rasa dah jadi lawak dah BM aku. bukan nak cakap aku ni pandai sangat BI sampai tak tau dah Bahasa ibunda kite. just dat, "I feel stupid when speak Malay " is malay stupid? nope. am i to 'mulia. to speak malay? also nope. just dat,Malay standard is too high for me... aku paham perasaan Sharifah Aleya.. :P dan aku pun dah start mengarut....


after took 3 hours to translate all the paper works( what a slow me...) here i am, back to the start.
bored...


got little conversation with cik azman. bout my 'bored' things. tak banyak pun yang berubah. same je. hajat untuk aku di transfer ke UEM Builders mungkin aku terpaksa lupekan. apatah lagi untuk aku tukar company. kenapa nak tukar company? hanya mereke dan keluarga mereka je yang tau..


sebenarnye aku tak tau nak tulis apa..radio kat belakang aku ni tgh kuar lagu samson-bukan diriku. lagu tema tuk aku hari ni. jiwang? hehe.. salah ke? tak kan..? hanyalah luahan seorang insan kerdil yang tak paham erti 'kehidupan'. yang seringkali tersungkur dalam mencari arah hidup ini.. perghhh.. ayat dewan bahasa ni.


Tibe2 dada aku senak. senak yang sangat2. sampai sekarang terasa lagi. susah tuk bernafas. sampai sekarang aku terurut2 lagi dada aku. haih, kenapa yek?


itu membuatkan aku terpikir, kite hidup tak lama. tak esok, luse, tah2 kejap kang. bebile saje nyawa yang kita 'pinjam' ni akan di ambik balik. dah cukup sedia ke aku ni?


kadang2 aku rasa aku ni hanyalah patung, untuk sedap didengar dan mengikut peredaran masa, aku rasa hidup aku ni hanyalah seperti sebuah action figure. action figure yang boleh dibeli kat Toys R'Us tu.yang orang boleh ambik dan mainkan. dan aku mempunyai expired date. expired date yang ditentukan oleh DIA. so sebelum sampai due date tu, aku hanyalah sebuah jasad, yang boleh dimain bile kesunyian, dan dibiarkan ketika tidak diperlukan.aku sedaya upaya mencuba tuk puaskan hati tuan yang memegang dan memainkan aku. dihargai atau tak? terserah. aku just menjalankan tugas aku. berjaya atau tak? terserah.


dan sekali lagi aku tersedar yang aku sedang mengarut... haih...


dada aku still senak lagi...


ermmm...what else,


do u aggree if i said "Finding theright person is very hard and very wrong.." ? it is best to be the right person for the one you love and start from there, u'll always end up dissapointed when u set standards and define a 'right person' for u.you can never be perfect... the person u love also can never be perfect. but both of u can be perfect through love and prayers.u should go through together to be perfect. tepuk sebelah tangan takkan bunyik kan?


Others said that love is immortal and can never be defined . when we're in love, the first thing we want is to tell the world that our love is very special and can never be taken away from us. we keep say this phrase, ' u are the most wonderful gift from God i ever received." but den, after a terrible fight or sometimes even a petty quarrel, the phrase changed, " u are the biggest mistake i ever made for my entire life!!"


Now, how do u really spell and pronounce L-O-V-E? are u sure u are really deeply into it?


Nobody can tell what love really is, until experience speaks for it self, untill experience itself whispers to our ears. at that stage, u'll know .Most of the time, these love promises like "Forever, Till death tears us apart", "lautan api pun sanggup ku renangi" and bla.. bla.. bla would end up "Never", "we should part ways, I'm no longer happy with u! my love for you is DEAD!!!"


i think i'm right, there is no such things as perfect relationship, but there's a compatible partnership that goes along with it. if u are already knew that u are to big to fit into a small expensive shirts, dont u ever give a try, u'll probably tears it and got to pay for the damages. ifu knew and felt that the relationship will not last, don't go deeper into it. for sure u'll drown.


if u call it love when u cant leave someone and see them crying as we try to let go, u are wrong, its just pity.


if u call it love when u're too attached and think that losing the one we love will somehow make us weak and unable to face the storms of life. u mis understood. its just u are totally useless


and if u call it love when u give ur whole life to someone, the wholeness of us and imagined that if he/she leave, no one would accept u and ur past, once again u are wrong. its just unsecurity.


but no matter what definition it is, the truth still remains that love isn't something u can buy nor beg. it is real and existing.


u cant touch it but u can feel it.
u cant find it but it will knock before u expect it to come.


it can make u the happiest soul n heaven, but dont forget that it also can make u the most misearable person in the whole galaxie...


do u aggree?


haih..
apa2 pun, carilah kebahagiaan masing2.. sebelum Toys R' Us 'dirobohkan'...


aku nak demam.. :(



Monday, September 04, 2006

Pride N Prejudice


masa aku paste logo ni, aku still lagi terbelek2. apa sebenarnye bentuk logo ni.mana U nye mana T nye..P tu ada la bentuknye skit kat ujung2nye tu. tapi aku tak kisah sangat pasal bentuknye. yang pentingnye tu tulisan dibawahnye tu.UTP alumni.sepaham aku, sesapa yang dah grad je yang layak menggelarkan diri diorang sebagai alumni. in my case, utp alumni.


first time aku nampak logo ni is from Gadis's sweatheart.


"u, meh sini kejap, ada something yang i nak u tengok"

"apa dia"

"taraaa.."


Dengan machonye dia menunjukkan sticker alumni dia yang terlekat elok kat belakang kete dia.


"mahal ni tau tak... budak tak abis sekolah tak dapat ni tau.."


senyumm je diaa...


bgs lah.. dan aku tau ada 699 lagi orang yang bertuah kat sana yang ada sticker ni. to Gadis, put, aish, judy, janggut, alia, ck, nuaq, zack, bobo, jibo, mayon, asma dan 686 graduan yang lain...CONGRATULATIONS...sorry for not being there on d big day.





semestinye korang berbangga kan. segak dengan robe masing2, megah dengan scroll di tangan. Alhamdulillah, abis jugak korang nye seksa kat utp ni. tahniah2.. aku? haih...


isnin 28/8/06 haritu first thing yang aku buat masa aku masuk office is cari suratkhabar. puas aku belek utusan dan star. 2-3 kali aku belek suratkhabar tu. tetap takde.takde langsung cerite pasal graduation kat utp. aku pelik, seingat aku graduation2 yang lepas mesti ada cerite pasal utp, tak banyak pun sikit mesti ada. tapi kali ni aku pelik, langsung takde. kalau tak silap just NST je ada terselit sikit. apa yang penuh kat suratkhabar hari tu citer pasal mawi-ina n siti kawin. aku pelik betul la.bukan aku tak berpuas hati sebab aku student utp n utp punye cerite tak masuk suat khabar. tapi korang pikir la. apa salahnye letak sikit citer pasa lstudent2 yang sukses2. yang dapat gold medal ke. baru la orang lain yang baca tu naik semangat dia. baru la bebudak kat luar sana yang baru2 nak masuk U tu terbakar skit semangat diorang nak blaja tul2.(jgn jadi mcm aku ni... ). ini tak.. asik2 citer orang putus tunang tu jugak yang bermuke2 dalam surat khabar tu. haih.. payah media kite skang ni.


tapi selepas selidik punye selidik, mungkin ada sebab lain kenapa banyak akhbar2 utama negara tak menyiarkan citer pasal utp. boo layan trus majlis konvokesyen utp. korang rasa kenapa?


ini hasil buah fikiran aku la kan. aku tak paksa korang semua percaya. apatah lagi setuju ngan pendapat aku. korang tau tak sape chancelor utp? korang kenal tak Tun Dr Mahathir? yup. Tun adalah chancelor UTP

aku tak tipu kan?


dan aku juga mengandaikan korang semua tahu apa yang terjadi kat dunia politik malaysia skarang ni. kelantangan Tun bersuara meresahkan semua 'orang-orang atas' kerajaan. kalau dapat korang selak2 tahun2 lepas punye paper, 2 hari lepas utp konvo, for sure nye setiap paper akan kaver citer pasal ucapan Tun, istiadat2 convo,., tapi kenapa takde tahun ni?


tuan2 dan puan2 tak perlu merasa pelik ye...


dari apa yang aku dengar,(ni aku tak sure, sebb aku takde kat tempat kejadian) ucapan Tun taun ni ada berbaur perli memerli... lebih kurang kalau pemimpin tu gagal memimpin, elok digugurkan..ermmm setuju ak? apa kata korang plak?


mungkin ada yang mengatakan aku ni terlalu sensitip, tapi pendapat2 aku ni disokong oleh bermacam2 fakta. kite amik contoh sabtu lepas.tak ramai la yang tahu pasal lawatan Tun kite ni ke NS. dan dia plak di bagi plak dewan tuk berucap (tak macam yang jadi kat perlis)... korang pun tau mcm mana kelantangan Tun kan? ironicnye, pada masa yang sama, NS ngan Telekom Melaka ada game kat Paroi malam tu (Semi Final Piala Malaysia). dan ironic kuasa 2 nye lagi, tetibe je menteri besar NS anounce yang tiket masuk stadium malam tu free. mungkin ada orang akan cakap, Tun punye lawatan siang, game malam. tapi bagi yang dah beser masuk stadium, for sure siang2 lagi diorang dah gerak ke stadium, nak2 lagi semi final, free lagi tu. adakah itu satu cara untuk distract orang tuk tak pergi perjumpaan ngan Tun? aku suspicious. korang?